MPU21072:PENGHAYATAN ETIKA DAN KEBUDAYAAN
- TUAN MUHAMMAD AQIL BIN TUAN JUSOH (04DET25F1057)
- MOHAMAD FAIQ NAJMIE BIN NOR AZMAN (04DET25F1063)
- MOHAMAD FAZLY AIZUL BIN AZMEE (04DET25F1207)
isi kandungan
- 1 penghargaan
- 2 objektif
- 3 pengenalan
- 4 isi kandungan
- [4.1 definisi kebudayaan]
- [4.2 makanan dan pakaian]
- 5 cabaran dan penyelesaian
- 6 kesimpulan
- 7 rujukan
1.0 penghargaan
Kami merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kerana dapat menyelesaikan tugasan e-folio dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz nur hakim bin Ismail,penyarah mata pelajar penghayatan etika dan peradaban (MPU 21072),di atas kesudian beliau memberi tugasan kepada kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung.Selain itu,tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental spanjang penghasilan tugasan ini.Akhir kata,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan yang banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses merelisasikan tugasan ini.
2.0 objektif
- Menjelaskan konsep kebudayaan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
- Menerangkan bagaimana kebudayaan dapat menjadi asas kepada perpaduan nasional.
- Mengenal pasti contoh amalan kebudayaan yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum.
- Menghargai kepelbagaian budaya sebagai identiti dan kekuatan utama negara Malaysia.
3.0 pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana memiliki masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak, kepelbagaian ini menjadikan Malaysia kaya dengan adat resam, bahasa, makanan, pakaian dan seni yang berwarna-warni.
Kepelbagaian budaya ini bukan sekadar membezakan identiti setiap kaum, malah menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat. Melalui amalan kebudayaan seperti sambutan perayaan, perkongsian makanan dan penggunaan bahasa kebangsaan, masyarakat Malaysia dapat bergaul mesra, memahami antara satu sama lain dan hidup dalam suasana harmoni.
Oleh itu, kebudayaan di Malaysia bukan sahaja lambang identiti negara, tetapi juga platform penting yang menyumbang kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
4.1 definisi kebudayaan
Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia dalam sesebuah masyarakat. Ia merangkumi aspek kepercayaan, nilai, adat resam, bahasa, kesenian, peraturan, serta norma sosial yang diwarisi daripada generasi terdahulu dan diamalkan sehingga ke hari ini. Kebudayaan bukan sahaja menggambarkan identiti dan jati diri sesuatu bangsa, malah menjadi landasan penting dalam membentuk pemikiran, tingkah laku serta corak kehidupan harian masyarakat.
Selain itu, kebudayaan berfungsi sebagai medium penyatuan kerana ia membolehkan masyarakat yang berbilang kaum dan agama saling memahami serta menghormati perbezaan yang wujud. Dalam konteks Malaysia, kepelbagaian budaya yang diwarisi daripada kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lain bukan sahaja memperkayakan identiti negara, malah menjadi simbol kekuatan dan keharmonian. Justeru, kebudayaan boleh dianggap sebagai tonggak utama dalam mewujudkan perpaduan nasional
4.2 makanan sebagai budaya penyatu
Makanan adalah salah satu unsur kebudayaan yang dapat menyatukan rakyat Malaysia. Hidangan seperti nasi lemak, roti canai, satay, dan teh tarik bukan sahaja dinikmati oleh kaum tertentu, malah dikongsi bersama oleh semua kaum.
Kehadiran konsep open house semasa Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali juga menggalakkan perkongsian makanan antara kaum, sekali gus mempereratkan hubungan masyarakat.
Pakaian tradisional seperti baju kurung, cheongsam, sari, baju iban, dan pakaian kadazan dusun menggambarkan keunikan setiap budaya. Pada masa sama, pakaian ini sering dipakai semasa sambutan rasmi atau perayaan kebangsaan yang dihadiri semua kaum.Pakaian tradisional seperti baju kurung, cheongsam, sari, baju iban, dan pakaian kadazan dusun menggambarkan keunikan setiap budaya. Pada masa sama, pakaian ini sering dipakai semasa sambutan rasmi atau perayaan kebangsaan yang dihadiri semua kaum.
5.0 cabaran dan penyeslesaian
- Untuk mengatasi cabaran ini, beberapa langkah boleh diambil. Antaranya ialah:
- Pendidikan multikultural untuk memupuk kefahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya.
- Festival kebudayaan yang memberi peluang kepada masyarakat mengenali budaya lain melalui tarian, muzik, dan makanan tradisional.
- Program kerajaan seperti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yang menggalakkan interaksi positif antara pelajar dari latar belakang berbeza.
- Promosi di media bagi menyebarkan mesej perpaduan secara meluas.
6.0 kesimpulan
Sekiranya rakyat Malaysia terus menghormati, memahami, dan menghayati kepelbagaian budaya ini, negara akan kekal harmoni dan bersatu padu. Dengan perpaduan yang kukuh, Malaysia mampu mencapai kemajuan, kestabilan, dan kesejahteraan bersama bagi generasi sekarang dan akan datang.




Comments
Post a Comment